Tuesday, November 15, 2011

Sesungguhnya Aku Sedang Ditarbiyyah...



Tarbiyyah Hati:
Ya Allah, sesungguhnya bukan mudah untukku menerima hakikat akan semua yang terjadi. Apatah lagi orang-orang yang berada disekelilingku. Hati ini amat payah untuk menerima tarbiyyah yang Kau beri. Disaat orang lain dalam gelak dan tawa, aku diselubungi duka & sengsara.
Ya Allah… saat ini aku merasakan gundah, resah, dan tidak keruan. Hatiku tidak tenteram dengan segala musibah yang datang. Dan aku tiada tempat bergantung selain daripadaMu ya Allah. Setiap kerosakan yang berlaku tak mampu untukku baiki, setiap masalah yang datang tak mampu untukku tentang. Setiap kesakitan yangku alami tak mampu untukku rawat. Apalah dayaku tanpaMu disisi…
Ya Allah, apakah aku insan yang Kau pilih untuk berada diatas jalanMu ini Ya Allah??? Jika benar, maka bersyukurlah aku. Aku terima segala sengsara yang Kau hadiahkan padaku Ya Allah dan aku redha. Dan sekiranya sengsara ini adalah balasan daripada dosa dan noda yang pernah aku lakukan padaMu dulu, Ya Allah, aku tetap menerimanya. Malah aku amat bersyukur kerana atas rahmat dan kasih sayangMu, aku mendapat tarbiyyah secara langsung dariMu. Alhamdulillah…
Ya Allah, dalam aku mengharungi kepayahan ini, Kau pinjamkanlah padaku sedikit kekuatan agar dapat aku bertahan demi jihadku melawan nafsu dan godaan syaitan. Dan Kau pimpinlah aku supaya senantiasa berada pada jalanMu ya Allah. Sesungguhnya, telahku pasrahkan seluruh hatiku padaMu kerana,
Hatiku MilikMu…

Tarbiyyah Akal:
Ya Allah, demi hati yang sedang diuji, Kau kurniakanlah kecerdikan akal dan fikiran kepadaku. Kau didiklah akalku ini agar dapat membuahkan fikiran yang bernas untukku mengatasi permasalahan yang timbul. Kau kuatkanlah akal fikiranku agar dapat aku berfikir dengan kewarasan bukan dengan perasaan.
Ya Allah, tunjukilah aku jalan yang lurus, jalan yang benar iaitu jalan yang kau redhai. Jangan biarkan aku sendirian dalam kesesatan ya Allah. Berilah daku petunjuk dan hidayahMu
Ya Allah, Kau ilhamkanlah padaku cara bagaimana harus aku lakukan untukku selesaikan kekalutan ini. Pertemukan aku dengan jawapanMu…

Tarbiyyah Jasad:
Ya Allah… Sesungguhnya aku kini sedang diuji. Maka Kau berikanlah kekuatan pada tubuh badankui ini, ya Allah… agar aku tak mudah kalah dalam pertempuran ini. Agar aku tak mudah rebah dalam peperangan ini, agar aku tak mudah kalah dalam perjuangan ini. Jadikanlah aku senantiasa tabah mengharungi kehidupan ini. Berikanlah aku kifarah di atas segala kesakitan dan kesengsaraan dalam aku melalui liku-liku hidup ini, mengharungi onak dan duri menempuh kepayahan demi menegakkan syiar-Mu ini, kerana aku seorang mujahidah yang sedang bermujahadah.

Rindu Mencengkam Kalbu


       Hati ini rasa bagai dicarik-carik. Fikiranku tidak keruan. Hari telah pun menjelang pukul 2.30am, namun aku masih jua tidak dapat melelapkan mata. Pusing kiri pusing kanan, zikir dan doa telah aku bacakan namun tidak kunjung lelap. Aku lalu bangun menjengah teman sebilikku yang sedang menelaah buku.
Jelas nyata fikiranku menerawang jauh teringatkan keluargaku dikampung. Hari raya AidilAdha bakal  menjelang, tetapi aku tak dapat pulang. Hatiku jelas nyata diruntun hiba kerna tak bisa menahan siksa pedang kata-kata yang menghiris kalbuku yang berbunyi seolah-olah kehadiran aku dan ahli keluargaku adalah beban yang tidak tertanggung oleh mereka.
Kewujudan kami ini menyusahkan mereka. Aku nyata sekali tak bisa untuk mendengarnya namun tak pula aku mampu untuk menegahnya kerana siapalah aku untuk di bandingkan dengan mereka.siapalah aku untuk menegur apatah lagi untuk memarahi.
Aku rasa sebal untuk pulang. Terkadang aku rasa malu, terkadang juga aku rasa marah pada diriku kerana aku tiada mampu untuk mempertahankan diriku dan ahli keluargaku dari diperkotak-katikkan, dipermai  n-mainkan, diambil kesempatan, dan dipersendakan.
Parah sekali kemalangan yang menimpa hatiku ini namun aku tak mampu untuk mengubatinya. Tak ada seorang doktor pun yang bisa merawat hatiku ini. Aku rasa begitu lemah dan tak berdaya. Aku tahu aku tidak bersikap adil kepada kedua ibu bapaku namun aku tidak mampu untuk menzalimi hatiku sendiri. Berbohong dengan diri sendiri untuk senyum dihadapan orang yang telah mencederakan hati keluargaku sedangkan hatiku sendiri meraung menangis melihatkan perlakuan itu.
Sejauh mana lagi aku mampu bersabar? Tatkala kami jauh dari pandangan mereka, mereka memanggil-manggil kami pulang. Namun bila kami hadir dipandangan mereka, mereka menyindir-nyindir kekurangan dan kelemahan kami. Mengungkit-ungkit apa yang telah diberi kepada kami. Memburuk-burukkan dan merendah-rendahkan lagi diri kami sehingga aku berasa sangat hina dan tiada tempat disisi mereka. Mengapa mereka terus menyakiti ibu bapaku dan adik beradikku? Apakah sebenarnya niat dan tujuan mereka.
       Aku sendiri tidak tahu apakah lagi yang harus aku lakukan. Sesungguhnya aku amat menyayangi dan merindui mereka namun mereka semua tak pernah mengerti. Namun aku sendiri pun tidak pernah mampu untuk menyatakan kata-kata cintaku kepada mereka.
       Ya Allah, berat sungguh ujian yang kau timpakan keatasku ini. Rasa tidak tertanggung olehku untuk memikul beban dan menghadapi ujian ini. Berikanlah aku seribu kekuatan lagi untukku teruskan langkahku pada jalan yang telah Engkau hamparkan dihadapanku ini.

Amiinnn Ya Rabbal Alaminnmmmm…..

Wednesday, November 10, 2010

Aku tetap aku

Dah lama aku fikirkan, yang aku ni sebenarnya jahat, kejam zalim terhadap diri sendiri dan kawan2 yang lain... Aku malu nk berjumpa atau berhubung dgn mereka sbb aku ni sebenarnya bukan orang baik.

Selama ni aku tercari-cari, meraba dalam kegelapan, cuba mengenali siapa diri aku yang sebenarnya.  Tapi aku semakin hampir dengan jawapan itu, aku melarikan diri dari kebenaran dan kenyataan tentang siapa diri aku ini.

Aku mmg ingin berhubung baik dengan mereka semua tapi aku tak dapat nak merawat hati aku untuk menerima kenyataan tentang kelemahan diri aku.

Aku malu bila dipandang rendah oleh orng lain, aku tak mahu mereka lihat aku sbgai org yang lemah, aku cuba lakukan sesuatu yang tak mampu dibawa oleh badanku. Aku seksa diri sendiri, paksa diri untuk jadi kuat supaya org tak pandang rendah terhadap aku.

Sebelum ni aku pernah tertanya-tanya, knapa aku dilahirkan dalam keadaan mcm ni? Pertanyaan aku seolah-olah nak menyalahkan takdir. Tapi Allah itu maha penyayang. Dia tunjukkan aku jalan, Dia kurniakan aku sahabat. Dia tempatkan bersama dgn mereka yang mencari-cari kebenaran-Nya.

Baru kini aku sedar, kenapa aku dilahirkan didunia ini. Tak ada sebab lain melainkan kerana Allah. Dengan rahmat dan kasih sayang-Nya aku berada disini diatas bumi ini.

Allah tahu kemampuan diriku. Sungguhpun aku paksa diri aku utk lakukan sesuatu diluar kekuatan fizikal aku, tapi Allah sentiasa memberi aku kejayaan dalam bidang yg aku ceburi. Dari situlah aku melihat akan rhmat dan nikmat-Nya. Dan dari situlah aku merasakan nikmat kasih sayng-Nya.

Aku tak sekuat yang semua org sangkakan. Dan aku tak ada tempat lain utk mengadu selain Allah. Aku zalimi diri aku, lawan penyakit aku, aku berkawan dengan mereka yang aktif sukan semasa disekolah. Aku join Kawad, masuk pelbagai jenis persatuan, enter semua pertandingan yang ada. Aku bangkit dari kelemahan, supaya orang melihat aku sbg org yg kuat, aktif, lincah,cergas. Tapi hakikatnya setiap kali aku pulang drp aktivit, pasti aku akan jatuh sakit. Sakit itu, sakit ini.

Ibu pernah marah aku spaya tak join lagi akvt lasak ni, kawad apa semua, sebab badan aku bukan jenis boleh terima benda2 lasak. Tp aku degil. Sebab aku suka semua akvt tu. Aku suka benda2 lasak, aku suka kawad, suka berpersatuan, suka bekerja dgn org. Dan sekarang aku dah tak larat lagi. Aku tak mampu nak menipu diri sendiri lagi, Aku malu pada kawan-kawan yg lain. Dapat ke mereka trm aku yg lemah ini?

Apa lagi yang boleh aku lakukan sekarang ini? Aku hanya mampu berserah pada Allah. Berilah aku kekuatan untuk aku tempuhi jalan yang ada dihadapanku ini ya-Allah... Kuatkanlah aku... Amiiin ya Rabbil alaminnn.

Wednesday, October 27, 2010

Kurelakan Dikau pergi...

Hari ini, ada seorang insan yang aku sayangi terpacul dihadapan pintu rumah sewaku. Sangkaanku, pasti dia ingin menyampaikan sesuatu yang mungkin sukar untukku terima.

Ketika itu, daku sedang berteleku sambil membaca Al-quran selepas selesai solat Asar. Jauh disudut hatiku, mengharapkan kekuatan untuk menerima apa saja yang akan didengarkan olehnya kepadaku.

"Akak akan balik Kelantan esok" Katanya.

Berderau jantungku tatkala mendengarnya. tapi dia tak tahu. Aku cuba mengawal perasaanku dengan muka selamber... Air mataku ingin terurai namun ku empangkan sekukuh-kukuhnya supaya tiada yang tahu sebak yang yang bertandang dihatiku.

"ku relakan pemergianmu, andai itu telah tersurat dan andai itulah yang terbaik buatmu." bisik hatiku. 

Dalam senyuman, hatiku menangiskan mengenangkan saat indah yang pernah kami lalui bersama. Walaupun masa begitu singkat, namun amat berhaga bagi diriku.

Ku akui, bukan mudah untukku melafazkan cinta, kasih dan sayang ku kepadanya. Aku cuba sembunyikan rasa hatiku dengan mencipta gurau senda sementara dia masih ada disini. mudah-mudahan dia mengerti bahawa daku merelakan dia pergi. bukan kerana benci, tetapi daku tak mahu dia sedih jika aku bersedih.

Dengan doa, ku iringkan untuknya, semoga dia menemukan kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburinya. Semoga sihat selalu. Semoga bahagia didunia dan akhirat. 


Saturday, October 23, 2010

Kerinduanku

Batapa tidak tergambarkan dengan kata-kata tatkala daku terkenangkan seraut wajah bonda dan ayahnda. Betapa daku rindukan mereka. Sungguhpun daku bukanlah anak yang baik dan patuh pada kedua orang tuaku namun jauh dari sudut hatiku meronta-ronta untuk pulang kedesa kediaman orang tuaku. Sesungguhnya amat daku rindukan gelak tawa adik-beradikku serta gurau senda ayah bondaku, kangan sekali aku untuk mengerjakan solat jemaah bersama-sama seisi keluarga.
Jika bukan kerana halangan dan rintangan daripada kesibukan pelajaran dan penglibatan ku dalam pelbagai aktiviti di universiti pastinya daku sudah pulang. Pun begitu, daku tidak juga dapat pulang kerana kerisauan dan kebimbanganku akan perkara yang merusuhi fikiranku apabila terkenangkan bahawa didalam rumah itu adanya  gangguan  makhluk halus yang sering memporak-perandakan seisi keluarga kami tatkala kami semua berkumpul dirumah.
Lantaran daripada itu, daku tidak dapat pulang demi menjaga hati daripada dikotori dan dipengaruhi oleh kuasa jahat yang sering membisikkan seruan-seruan untuk melakukan kerosakan dan dosa kepada kalian berdua. Acap kali daku cuba melawan bisikan tersebut daripada terus menguasai diriku untuk menyakiti kalian dan adik beradik yang lain namun daku tidak sekuat itu. Tidakku mampu untuk melawan.
Berada jauh dari kalian bukanlah suatu yang menyenangkan bagiku, tidak pula begitu menggembirakan juga apabila bersama. Dalam keadaan begini, daku amat-amat bingung dan celaru. Kerinduanku untuk bersama kalian tidak terubat jua malah ditambahkan pula dengan masalah pelajaran yang semakin berat untukku serap. Keadaan ini sungguh tidak tertanggung olehku namun daku tidak ketemu kaedah yang sesuai untukku luahkan isi hati yang terbuku ini. Daku cuba untuk menyampaikan tapi tidak terluah bicara kata hatikuini. Apakah yang harus aku lakukan? Aku hanya berserah kepada Allah. Kerna Dia lebih mengetahui dan memahami setiap hambaNya.
Ampunkan daku duhai ayah dan ibuku, sehingga saat ini daku masih tidak dapat membantu mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang melanda keluarga kita. Walaupun berat bahu yang memikul beban amanah ini, akan tetapku galas demi memulangkan kembali suasana gembira yang pernah kita kecapi dahulu.
Semoga Allah melindungi kalian disana.

Wednesday, October 20, 2010

Pertukaran Fasa Kematangan Hidup



Entah mengapa daku rasakan suatu perasaan yang pernah menyelubungiku pada ketika daku berumur 17 tahun dulu, kini datang kembali menyelaputi seluruh tubuh, jiwa dan ragaku pada usiaku kini 21 tahun.
Apakah perasaan ini akan menjelma tatkala daku dalam proses pertukaran fasa kematangan iaitu daripada kanak-kanak kepada remaja, kemudian remaja kepada dewasa.
Wah…Dewasa kah daku kini? Seakan-akan tidak percaya tatkala mengenangkan bahawa usiaku kini sudah menjangkau 20-an.
Perasaan ini sungguh membuatkan daku rasa tidak selesa, rasa keliru, celaru, serabut, buntu, serba tidak kena, lemah seluruh jiwa dan raga, lesu, tidak bersemangat untuk berbuat apa pun, tidak dapat fokus akan apa yang daku kerjakan.
Ya Allah, sesungguhnya daku kini amat mengharapkan pertolongan-Mu. Sesungguhnya daku kini amat menantikan rahmat dan syafaat daripada-Mu. Berilah daku kekuatan ya Allah. Bangkitkanlah daku daripada kelesuan ini. Kembalikanlah semangat yang pernah hangat membara sewaktu daku mula-mula menjejakkan kakiku ditanah bumi Kampus ini… mudah-mudahan daku dapat menyemarakkan lagi api perjuangan untuk mempertingkat ilmu seterusnya memperbaiki segala kelemahan yang ada dalam diri ini. Ameeeeeennn……

Monday, October 18, 2010

Permulaan Sebuah Cerita.

Hari ini, aku terfikirkan cara untukku meluahkan segala isi hatiku yang terbuku padat didalam benakku. Terasa sempit sangat sehingga daku tidak dapat memberi tumpuan kepada perkara lain. Fikiranku selalu merewang-rewang semenjak beberapa bulan ini. Tak dapat berfikir dengan baik.

Bersyukur daku kehadrat Allah yang telah mengurniakan daku seorang sahabat, kakak dan teman serumah dan sebilik yang begitu prihatin terhadap diriku. Namun daku tidak begitu mudah untuk meluahkan segala masalahku kepada orang. sedangkan dengan Ibu bapaku dan adik beradikku sendiri pun aku tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi dia. Tapi dia berjaya mem'provoke' daku sehingga menitis butir-butir air mata syahdu dan pilu. Daku tidak berdaya menahan lagi. Sebak yang semakin terkumpul didada telah memecahkan  empangan air mataku dari kelopaknya.

Dan hari ini, daku meneruskan pencarianku untuk meluahkan isi hatiku dengan cara yang lebih mudah untukku sampaikan, sebagai penyambung kesinambungan cerita duka yang telah daku lontarkan pada sahabatku.