Batapa tidak tergambarkan dengan kata-kata tatkala daku terkenangkan seraut wajah bonda dan ayahnda. Betapa daku rindukan mereka. Sungguhpun daku bukanlah anak yang baik dan patuh pada kedua orang tuaku namun jauh dari sudut hatiku meronta-ronta untuk pulang kedesa kediaman orang tuaku. Sesungguhnya amat daku rindukan gelak tawa adik-beradikku serta gurau senda ayah bondaku, kangan sekali aku untuk mengerjakan solat jemaah bersama-sama seisi keluarga.
Jika bukan kerana halangan dan rintangan daripada kesibukan pelajaran dan penglibatan ku dalam pelbagai aktiviti di universiti pastinya daku sudah pulang. Pun begitu, daku tidak juga dapat pulang kerana kerisauan dan kebimbanganku akan perkara yang merusuhi fikiranku apabila terkenangkan bahawa didalam rumah itu adanya gangguan makhluk halus yang sering memporak-perandakan seisi keluarga kami tatkala kami semua berkumpul dirumah.
Lantaran daripada itu, daku tidak dapat pulang demi menjaga hati daripada dikotori dan dipengaruhi oleh kuasa jahat yang sering membisikkan seruan-seruan untuk melakukan kerosakan dan dosa kepada kalian berdua. Acap kali daku cuba melawan bisikan tersebut daripada terus menguasai diriku untuk menyakiti kalian dan adik beradik yang lain namun daku tidak sekuat itu. Tidakku mampu untuk melawan.
Berada jauh dari kalian bukanlah suatu yang menyenangkan bagiku, tidak pula begitu menggembirakan juga apabila bersama. Dalam keadaan begini, daku amat-amat bingung dan celaru. Kerinduanku untuk bersama kalian tidak terubat jua malah ditambahkan pula dengan masalah pelajaran yang semakin berat untukku serap. Keadaan ini sungguh tidak tertanggung olehku namun daku tidak ketemu kaedah yang sesuai untukku luahkan isi hati yang terbuku ini. Daku cuba untuk menyampaikan tapi tidak terluah bicara kata hatikuini. Apakah yang harus aku lakukan? Aku hanya berserah kepada Allah. Kerna Dia lebih mengetahui dan memahami setiap hambaNya.
Ampunkan daku duhai ayah dan ibuku, sehingga saat ini daku masih tidak dapat membantu mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang melanda keluarga kita. Walaupun berat bahu yang memikul beban amanah ini, akan tetapku galas demi memulangkan kembali suasana gembira yang pernah kita kecapi dahulu.
Semoga Allah melindungi kalian disana.
No comments:
Post a Comment