Wednesday, October 20, 2010

Pertukaran Fasa Kematangan Hidup



Entah mengapa daku rasakan suatu perasaan yang pernah menyelubungiku pada ketika daku berumur 17 tahun dulu, kini datang kembali menyelaputi seluruh tubuh, jiwa dan ragaku pada usiaku kini 21 tahun.
Apakah perasaan ini akan menjelma tatkala daku dalam proses pertukaran fasa kematangan iaitu daripada kanak-kanak kepada remaja, kemudian remaja kepada dewasa.
Wah…Dewasa kah daku kini? Seakan-akan tidak percaya tatkala mengenangkan bahawa usiaku kini sudah menjangkau 20-an.
Perasaan ini sungguh membuatkan daku rasa tidak selesa, rasa keliru, celaru, serabut, buntu, serba tidak kena, lemah seluruh jiwa dan raga, lesu, tidak bersemangat untuk berbuat apa pun, tidak dapat fokus akan apa yang daku kerjakan.
Ya Allah, sesungguhnya daku kini amat mengharapkan pertolongan-Mu. Sesungguhnya daku kini amat menantikan rahmat dan syafaat daripada-Mu. Berilah daku kekuatan ya Allah. Bangkitkanlah daku daripada kelesuan ini. Kembalikanlah semangat yang pernah hangat membara sewaktu daku mula-mula menjejakkan kakiku ditanah bumi Kampus ini… mudah-mudahan daku dapat menyemarakkan lagi api perjuangan untuk mempertingkat ilmu seterusnya memperbaiki segala kelemahan yang ada dalam diri ini. Ameeeeeennn……

No comments:

Post a Comment